Followers

lagu

Wednesday 26 September 2012

gadis kecil

  Kata org cara penulisan dan cara percakapan menunjukkan identiti seseorg..entah lah.sejauh mana kebenarannya aku pun tak tahu..yg pasti hari ni aku nk menulis short story mengenai gadis kecil.walaupun jalan cerita nie tak berapa nak menarik,tapi aku cuba mencungkil bakat dan seni yang ada dalam diri sejak di lahirkan..ewah..(poyo je..huhu )

    

     Ara, seorang gadis kecil yang pendiam sering dibuli,sering disakiti,sering dihina dan disisihkan oleh rakan-rakan merasa hidupnya begitu tersiksa,membosankan..Entah apa salah gadis tersebut sehinggakan dia diperlakukan sebegitu oleh rakan-rakannya..dari kecil dia sudah hidup berdikari...Semuanya dilakukan sendiri tanpa bantuan sesiapa..bukannya tiada abang mahupun kakak tetapi mereka jauh..di saat semua rakannya bergembira,gadis tersebut hanya memandang dengan hati yg sayu.usia yg baru mencecah 10 tahun
sepatutnya bergembira tetapi tidak gadis itu..ayah yg amat disayangi jatuh sakit berbulan-bulan lamanya..amat pedih rasanya bila jiran-jiran menyatakan umur ayahnya x panjang..Ketika usia tersebut,pelbagai dugaan telah dia hadapi.Ayah yg amat dia sayangi tidak kenal anak sendiri.perbuatan insan yg kejam dan dengki dgn kebahagian keluarganya telah menyebabkan ayahnya jadi begitu..puas berubat tp tiada penawarnya.lama ayah menderita..Anak kecil itu tidak mendapatkan kasih sayang ayahnya..sihir yg dihantar oleh insan yg tidak berhati perut menyebabkan anak itu tidak mendapat belaian dari ayahnya..


        Disangkakan panas hingga ke petang,rupa-rupanya hujan di tengah hari..sebaik sahaja ayahnya dipulihkan dari sihir,ibu yg amat disayangi dan dicintai menghidap penyakit barah..Tiada tempat untuk diluahkan,gadis itu hnya memendam rasa..hanya air mata yg menceritakan kepedihan yg dirasakan.walaupun banyak dugaan yg dihadapi,tidak pernah sekali pun gadis itu mengabaikan pelajarannya.walau sering disisihkan oleh rakan-rakannya,dia tidak pernah mengalah.lama ibu menghidap penyakit barah dan suatu hari seorang insan menghulurkan bantuan..Alhamdulillah.setelah dirawat oleh doktor,ibunya pulih.
      Kini,anak kecil itu menginjak remaja.hidup gadis itu mula berubah.dari menjadi gadis pendiam dan sering dibuli,dia kini bangun dan terus maju ke hadapan..semua ini disebabkan seorang sahabat yg aku sayangi.dia telah merubah gadis tersebut dan menjadikan seorang yg perwatakan ceria..malah,sahabatnya itu membawanya keluar dari dunianya yg gelap..
       Pernah satu ketika,disaat gadis itu hampir terjatuh dan tersungkur,dua insan yg berhati mulia menyambutnya dan menghulurkan bantuan.Kata-kata semangat yang diberikan tidak pernah luntur dalam ingatannya..Malah,Ara bertekad dalam hati bahawa dia tidak akan ku persiakn setiap saat utk bersama ibu bapanya..tidak dapat ku membalas segala jasa dan pengorbanan yg telah engkau berikan..ku berjanji akan menghadiahkan segulung ijazah utk insan yg telah byk menabur jasa kepadaku..semoga Allah memberkati usaha aku..amin.



No comments:

Post a Comment