Followers

lagu

Saturday 29 September 2012

Bila bosan melanda



BILA KEBOSANANKU MELANDA




Dah empat hari fon aku sunyi je..tiada sms dari member2..selalunya setiap hari ada je kawan2 tempat aku keje dulu masej..nasib baik la ada kekasih hati hantar masej setiap hari..tak ikut time lak tu.kadang2 time aku nak tidur pun dia hantar mesej..oh..oh..oh..buah hati ku..ketahui lah aku bosan dgn mesej yg tlh kau hantar kepadaku..selalunya bila aku dapat mesej dari buah hati aku,terus je aku delete..menyemak je dalam inbox aku..dah la selalu curang dgn aku..huh.nasib baik aku faham tugasnya..maklumlah buah hati aku tu popular..kalau aku sebut nie mesti ramai yg kenal..n mesti ada yg cakap aku ni poyo..tapi takpe la..aku nak mention gak namanya..biar ramai yg jeleous dgn aku..huhuhu..nama buah hati aku  tu ialah.......maxis...huhu..dia lah yg selalu hantar msej kat aku tanpa jemu..haha..ok la malas la nak cite pasal nie..t ramai lak cmburu dgn aku.. ;)
      Punya la bosan tahap boleh terjun bangunan hari nie..nasib baik la pagi tadi ckgu wat pertandingan golf kat sekolah..upper 6 vs lower 6..kalau tak,sah2 masuk berita hari nie seorang pelajar terjun pokok disebabkan terlalu bosan..hehe..lepas solat zohor,tiba2 aku dapat idea nak cuba resepi baru..so,aku mula la aktiviti aku dengan menggeledah dapur..cari punya cari aku dah dapat semua bahan2 yg aku nak..dengan itu mulalah misi aku bersilat dalam dapur..(ehh macam ganas lak bersilat dalam dapur..actually aku nak mula menyepahkan dapur mak..nak cuba resipi baru..hehe ) :D
       Mula2 sekali nak buat kek marble..lepas satu2 lagu aku pasang..bosan kut wat kek sorang2..baik layan lagu sekali kan..baru best..sementara kek aku nak masak,aku nampak yogurt..apa lagi,aku selongkar lak peti sejuk..dan mula la misi aku membuat puding trifle dan koktel..puding dengan koktel ni kejap je buatnya..siap wat hiasan lagi kat puding trifle..bila dah puas hati,aku pun masukkan ke dalam peti sejuk..
       Tak lama pastu,kek aku pun masak..tiba2 mak masuk dapur..aku apa lagi,muka macam cicak tertelan biji durian la..terkejut ooo..dah la wat semua tu tak bagi tau mak..main ambik je..sorry la mak yg tersayang ekk..anakmu ini terlebih rajin hari nie..hehehe..t saya hidangkan resipi baru saya ekk..masa mak tengok aku keluarkan kek dari oven,ayah lak masuk dapur..habis la aku...boleh lak ayah aku cakap kalau bakal mak mentua tengok nie mesti dia tak sabar2 nak wat menantu..ohhh..tidakkkk..ayah memang selalu sakat aku..huhu..
        Lepas maghrib tadi aku ingat nak ambk gambar kek,puding trifle n koktel yg aku wat tadi..baru je buka peti ais,aku tengok puding triffle dgn koktel aku tinggal sikit..rupa-rupanya family aku dah makan dulu..huhu..sabo je la..aku tengok kek marble aku pun sama tinggal sedikit..bila aku tanya kat ayah aku,dia senyum je..mak cakap ayah paling banyak makan..happy gak aku bila family aku cakap semua yg aku wat tadi sedap..aku rasa penat membuat kek,puding n koktel tadi terus hilang..malah,rasa bahagia sangat bila buat family aku puas hati dgn masakan aku yg tak seberapa nie..huhu..

    

Friday 28 September 2012

DEMI CINTA SUCI (lirik)



UNIC::DEMI CINTA SUCI


Pernah hatiku luka pedih 
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema 
Kata janji manis sungguh tak bermakna

Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa 
Sebutir pasir tak berharga

Demi cinta yang suci
kurela korbankan kepentingan diri
demi sinar bahagia 
ku hambakan diri pada yang esa

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
ranjau yang berduri akan aku tabah merempuhnya
menyubur iman di dalam jiwa

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
ranjau yang berduri akan aku tabah merempuhnya
menyubur iman di dalam jiwa

Demi cinta yang suci
kurela korbankan kepentingan diri
demi sinar bahagia 
ku hambakan diri pada yang esa
demi cinta hakiki
ku sanggup redahi apa yang terjadi

Apalah erti cinta suci 
andai janji janji sering di mungkiri
apalah erti cinta murni
andai kata kata sering didustai

Wednesday 26 September 2012

gadis kecil

  Kata org cara penulisan dan cara percakapan menunjukkan identiti seseorg..entah lah.sejauh mana kebenarannya aku pun tak tahu..yg pasti hari ni aku nk menulis short story mengenai gadis kecil.walaupun jalan cerita nie tak berapa nak menarik,tapi aku cuba mencungkil bakat dan seni yang ada dalam diri sejak di lahirkan..ewah..(poyo je..huhu )

    

     Ara, seorang gadis kecil yang pendiam sering dibuli,sering disakiti,sering dihina dan disisihkan oleh rakan-rakan merasa hidupnya begitu tersiksa,membosankan..Entah apa salah gadis tersebut sehinggakan dia diperlakukan sebegitu oleh rakan-rakannya..dari kecil dia sudah hidup berdikari...Semuanya dilakukan sendiri tanpa bantuan sesiapa..bukannya tiada abang mahupun kakak tetapi mereka jauh..di saat semua rakannya bergembira,gadis tersebut hanya memandang dengan hati yg sayu.usia yg baru mencecah 10 tahun
sepatutnya bergembira tetapi tidak gadis itu..ayah yg amat disayangi jatuh sakit berbulan-bulan lamanya..amat pedih rasanya bila jiran-jiran menyatakan umur ayahnya x panjang..Ketika usia tersebut,pelbagai dugaan telah dia hadapi.Ayah yg amat dia sayangi tidak kenal anak sendiri.perbuatan insan yg kejam dan dengki dgn kebahagian keluarganya telah menyebabkan ayahnya jadi begitu..puas berubat tp tiada penawarnya.lama ayah menderita..Anak kecil itu tidak mendapatkan kasih sayang ayahnya..sihir yg dihantar oleh insan yg tidak berhati perut menyebabkan anak itu tidak mendapat belaian dari ayahnya..


        Disangkakan panas hingga ke petang,rupa-rupanya hujan di tengah hari..sebaik sahaja ayahnya dipulihkan dari sihir,ibu yg amat disayangi dan dicintai menghidap penyakit barah..Tiada tempat untuk diluahkan,gadis itu hnya memendam rasa..hanya air mata yg menceritakan kepedihan yg dirasakan.walaupun banyak dugaan yg dihadapi,tidak pernah sekali pun gadis itu mengabaikan pelajarannya.walau sering disisihkan oleh rakan-rakannya,dia tidak pernah mengalah.lama ibu menghidap penyakit barah dan suatu hari seorang insan menghulurkan bantuan..Alhamdulillah.setelah dirawat oleh doktor,ibunya pulih.
      Kini,anak kecil itu menginjak remaja.hidup gadis itu mula berubah.dari menjadi gadis pendiam dan sering dibuli,dia kini bangun dan terus maju ke hadapan..semua ini disebabkan seorang sahabat yg aku sayangi.dia telah merubah gadis tersebut dan menjadikan seorang yg perwatakan ceria..malah,sahabatnya itu membawanya keluar dari dunianya yg gelap..
       Pernah satu ketika,disaat gadis itu hampir terjatuh dan tersungkur,dua insan yg berhati mulia menyambutnya dan menghulurkan bantuan.Kata-kata semangat yang diberikan tidak pernah luntur dalam ingatannya..Malah,Ara bertekad dalam hati bahawa dia tidak akan ku persiakn setiap saat utk bersama ibu bapanya..tidak dapat ku membalas segala jasa dan pengorbanan yg telah engkau berikan..ku berjanji akan menghadiahkan segulung ijazah utk insan yg telah byk menabur jasa kepadaku..semoga Allah memberkati usaha aku..amin.